Sunday, December 26, 2010

visiting anyah - part 2

20 disember, hari kedua aku kt rumah anyah, hari nyh anyah bawak kami pgy pantai morib pulak,
HUHU, best arh, pantai morib kn dkt ngn banting je, hari tu hujang pulak, tapi naseb baik sekejap je, dalam pukol 5 camtu kami pgy la pantai morib tu, yg pgy masa tu mak, ayah, anyah, and aku je, abang ngah tak pgy sebab dya jaga iman kt rumah .

Ombak masa tu kuat gila, sebab baru lepas hujan kn, best gk jalan-jalan kt pantai morib,
pantai morib sekarang nyh dh cantik, banyak kedai-kedai dh naek, tak macam aku pgy sebelum nyh, kosong je, masa aku sampai tu kedai-kedai baru nk bukak, diorang tengah susun meja masa tu, sementara tunggu kedai makan nk bukak kami pgy bergambar banyak-banyak dulu, HAHA .


Lepas boring lepak kt tembok tepi laut tu, kami pon pgy makan, kedai-kedai makan pon dh bukak dh, kami makan kt kedai makan juvita, thailand punya kedai, HAHA, perot pon dh lapa, aku order nasi goreng thai lah, ngn milo tarik, memang kaw lah, HUHU, for desert kami makn kerang bakar, sedap oow, dh habes makan and bayar, kami pon berangkat la, masa balik tu kami ada lalu kt ladang kelapa sawit tempat jutawan kosmetik sosilawati dibunuh tu, kakak aku cita kt tempat tu malam-malam ada byk bunyi, org menangis lah, org menjerit lah, untuk aku pulak, jgn percaya la bende-bende camtu, karut je .

*to be continue...

visiting anyah - part 1

19 disember hari tu aku pgy rumah kakak aku kt banting, mak dengan ayah aku yg ajak pgy sekali, aku ikot je, kali nyh kami tak pgy naik kereta tapi naik kereta api, baru adventurous sikit kn
HAHA, satu family naik kereta api, kami naik kt stesyen kereta api taiping, kereta api sampai lebih kurang pukul 10 pagi la, kami pon naik kereta api .

Disebabkan tiket aku beli lewat sikit, aku duduk kt gerabak laen, mak and ayah aku pulak dudok kt gerabak laen, tempak duduk aku masa tu 7D, 7C plak ada seorang awek yg duduk, HAHA, bertuah sungguh aku kali nyh, dya nk pgy singapore, lgy jauh dpd aku, ak nk turon kt KL sentral je, sampai kt KL sentral, anyah, kak yang, abang ngah and iman jemput kami kt situ, lepas tu ambek ERL sampai putrajaya, bru naek kereta sampai kt banting, sampai kt rumah kakak aku pon lebih kurang pukol 5 petang dh, penat gila lah .

*to be continue...

Tuesday, December 21, 2010

home sweet home

Owkeh dalam entry kali nyh aku nk buat review sikit pasal ' my new invention ', disebabkan kebanjiran lidi sate kt rumah aku, mungkin family aku nyh selalu sangat beli sate agaknya, memang banyak arh lidi sate tu, penuh satu plastik wa cakap lu, lagi pon sebelum nyh aku ada baca buku pasal construction, ye lahh, cita-cita aku nanti kan nk jadi seorang architect yg berjaya HAHA,
dalam buku tu ada gamba-gamba rumah kayu dulu-dulu yg memang kreatif la, pandai betul datuk nenek kita buat rumah dulu kan, muncul plak idea aku nku nk buat ' rumah kayu mini ', lidi sate kt rumah aku kan banyak .

The first process is... aku buat tiangnya dulu la, mana boleh buat rumah tanpa tiang kan, tiang yg aku guna untuk rumah ini ialah sembilang batang, untuk mengukuhkan tiang tu, aku mengunakan tiga batang lidi sate untuk satu tiang, kemudian barulah aku ' kerangka ' untuk rumah kayu aku, memang aku akui proses yg paling sukar skali nk buat kerangkanya lah, tambah-tambah lagi nk buat kerangka bahagian bumbung , huhh, memang pening kepala nk buat .

The second process is... membuat dindingnya pula lah, aku mulakan proses nyh dengan mengambil ukuran setiap bahagian sisi dan tepi kerangka rumah mini aku nyh, rumah mini nyh terdapat sembilan bahagian sisi termasuk tapak, mula-mula aku ingat nk guna batang aiskrim sebagai dindingnya, tapi tak cukup bajet plak, HUHU, aku pon mengantikannya dengan kotak,
aku pon memotong kotak mengikut ukuran yg telah diambil tadi, setelah siap memotong dan melebel setiap bahagian sisi aku pon mencantumkannya kepada kerangka yg aku buat tadi,
kemudian aku memasang bumbungnya pula, bumbung pon aku guna kotak jugak, HEHE, setelah siap memasang anjung untuk rumah mini aku, proses kedua pon berakhir .

The final process is... mencorak dan menceriakan rumah mini aku la, aku warnakan ia dengan poster colour, mengikut warna rumah kayu sebenar, mencorakkan tingkapnya, bahagian bumbung pula aku warnakan dengan warna kelabu, aku mengunakan nisbah 3:1 warna hitam dan putih untuk membentuk warna kelabu, tiang pula aku warnakan dengan warna coklat terang .


Tadaaa... with a little touch, maka siap lah rumah mini aku, dalam rumah nyh aku ada letak kan lampu, baru ada nur sikit rumah aku kn, HAHA, lampu tu aku ambik dari torchlight mak aku yg dh pecah, dh nk buang pon, aku pon ambik la jadi bahan untuk projek nyh, aku ada jugak buat
'pocong mini', aku letak kt tepi pintu rumah mini nyh, kasi gempak cikit, HAHA .

* for reservation please call 017-417 'buat la sendiri'... HAHA :)

Monday, December 20, 2010

our camping story !

wassupp !

Masa tolong ckgu zainal kemas gallery hari tu,aku ada jumpa gamba-gamba ckgu zainal msok hutan,gamba-gamba tu masa ckgu aku muda lgy,aku pon ajak la membe-membe aku tgk skali,
pastu camna ntah muncul plak kt pala otak aku nyh satu idea, aku ajak membe-membe aku pgy camping hujung minggu tu, diorang bab-bab idea yg mencabar camnyh memang mereka on je,
bincang punya bincang 4 orang nk pgy camping tu,mereka yg terbabit ialah :-

- Ahmad Kahfiz ( pakar pasal hutan )
- Mohd Mokti ( adik kahfiz )
- Shafiqul Rahman ( tukang nyebok )
- Fakhrul Rahman ( ? )

Kami rancang nk pgy hari jumaat, balik plak hari sabtu,petang tu plak hujan, terpaksa lahh kami pgy lewat sikit, khemah ada dh, membe aku sponsor, aku bawak makanan je,
kami rancang camping kt tepi lata, siap ada air terjun sekali, syok arh, boleh mandi, hahe :p
kalau nk camping kt tepi air terjun nyh kena daki bukit sikit,
kami daki bukit guna motor, gempak gila arh, pakai RG plak tu, haha :)
sampai-sampai kt air terjun, memang best arh, cantik gila air terjun gila, memang puas hati la daki bukit tinggi-tinggi pon .


Perkara pertama yg kami buat ialah.... pasang khemah la, pastu membe aku kahfiz tu plak pgy cari kayu, aku plak try hidop kan api, haha, menjadi beb, api tu naik, pastu membe aku sorang pgy turun bukit jup, pgy ambik pancing, masa mula-mula naik tadi lupa nk bawak skali,
malam tu apa lgy, kami bwt bbq, daging burger ada, bakar atas unggun api la, boleh la buat alas perut, tapi mana boleh, kami lapaq lgy, haha, pastu kami masak maggi kari cintan plak,
kawan aku punya la genius, dya bawak mangkuk, sudu, sendok semua cukup, tpi x bawak periuk, haha, nk masak atas apa ? disebabkan lapaq, aku ngn kawan aku pon turun bukit jup, pgy ambik periuk, pastu baru la kami boleh masak maggi .


Lepas perut kami pon dh kenyang, kami pon pgy la mancing plak, masa dalam pukul 11 malam rasenye, malam tu bulan terang best la kami pancing, ikan asyik berenang kt permukaan air je, geram betul aku, dalam dua jam jgk la kami pgy mancing, dapat la dua ekor ikan, ikan tengas, besar tapak tangan ada arh, lepas habis mancing, kami pon balek la khemah, dh lewat malam dh,
pgy tido la apa lgy, sejuk gila malam tu, suma berebut selimut, dh la selimut ada dua je,
pagi tu aku sorang je yg sedar awal, nasib baik la malam tu xda apa-apa jadi, dalam hutan kn macam-macam boleh jadi, dalam pukul 7.30 camtu la, aku kejut suma orang, lepas tu kami pgy mandi air terjun, memang menggigil la, sejuk nk mampos, siap mandi, kami pon simpan khemah, packing barang-barang, pastu turun bukit, hari tu ada hari kantin kt sekolah rendah aku,
singgah hari kantin tu jup, jumpa bekas cikgu-cikgu aku, banyak cikgu aku yg dh kawen rupanye,
sekolah rendah aku pon dh banyak berubah, blok banggunan pon dh bertambah,
owkeh, sampai sini saje lah kot, pengalaman camping aku, kalau panjang umor lgy, nanti aku nk ajak ramai-ramai pgy camping sekali, sekian .

-TAMMAT-


Saturday, December 18, 2010

a fresh new hope

Bismillahhirahmanbirrahim,

Hari nyh, 18 Desember 2010, aku mulakan aku punya posting,
mungkin blog dulu dah terkubur kot, and aku x nak pikir lgy pasal blog yg dulu,
from now I will stick to this blog, blog nyh akan menceritakan kisah aku,
oh ya, aku belum perkenalkan diri lgy kn,
baiklah, sejak lahir aku diberi sebuah nama, sama lah mcm bayi yg lain kn,
Fakhrul Rahman, or Fakhrul, that's what they call me,
xde nama pendek, xde nama panjang, only Fakhrul,
taon nyh 2010 umur aku 15, form 3 lgy,
taon depan I'm going to be 16, hihi, boleh amek lesen moto,
I have 4 siblings, 2 parents, itu family aku,
aku nyh anak ke 4, bongsu la kata kan, mungkin anak manja kot, hehe

Masih single, buat masa sekarang, i will keep that status,
muka aku terlalu kacak kot, sebab tu la dok single je sampai sekarang, haha ;)
prinsip aku senang je, ' happy dan senyum ', kalau boleh jgn selau sedeh,

mungkin sampai sini saje lah kot entry nyh,
maleh nk taep lgy, cerita pasal diri aku pon x byk,
lastly, saya nyh budak baru nk up, jadi mintak tunjuk ajar ye, huhu ;p
sekian, terima tasih .

-TAMMAT-